Jumaat, 20 April 2012

Tembakau

Tembakau adalah tanaman penting yang  mana melebihi 60 buah negara  seperti Malaysia,Amerika Syarikat,Brazil dan lain-lain.Pada awal 1990-an,pengeluaran tahunan tembakau diseluruh dunia berjumlah lebih tujuh ribu tan metrik. Penggunaan tembakau pada asalnya dimulakan oleh Orang Asli Amerika dengan menghisap paip lama sebelum Christopher Columbus belayar ke Dunia Baru pada tahun 1492.Columbus membawa pulang biji benih tembakau ke Eropah dan ditanam oleh peladang untuk dijadikan ubat menenangkan fikiran.

Tembakau dibawa ke Malaysia oleh pedagang dan penjajah Eropah  sejak abad ke-19.Namun begitu,penanaman awalnya berjaya ditanam di Sabah pada tahun 1883 . Kawasan utama penanamannya ialah di Lembah Sungai Sagama, Lahat Datu, Sabah. Pada ketika itu, ianya menarik perhatian lebih dari lima puluh pengusaha dari Eropah dan mencapai nilai eksport ke paras RM2 juta pada tahun 1902.

Manakala industri tembakau jenis virginia pula bermula di Semenanjung Malaysia setelah percubaan penanamannya didapati sesuai pada tahun 1931 di Ladang Penyelidikan Kerajaan, Serdang, Selangor. Namun perkembangan industri ini agak perlahan disebabkan Perang Dunia Kedua. Selepas Perang dunia Kedua, khususnya pada tahun 1959, usaha untuk meningkatkan tanaman tembakau telah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh. Di pertengahan 1970-an pula penanaman tembakau berkembang maju iaitu dengan Kelantan (60%), Terengganu (11%), Kedah (5%), Perlis (4%), Pahang (2%) dan lain-lainnya di negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Jenis tembakau yang utama ialah Nicotina Tabacum. Keluaran tembakau yang lain termasuklah tembakau hisap untuk sentil,tembakau songel atau tembakau sugi dan tembakau sedut. Daun tembakau pula dibahagikan kepada beberapa gred iaitu 1(premium) hingga 8(segrap).Gred daun tembakau yang kurang baik akan digunakan untuk membuat racun serangga dan disinfektan.Tangkai dan batangnya pula akan dijadikan ramuan sesetengah jenis baja.

Tembakau yang ditanam adalah tanaman tahunan iaitu ia hanya hidup dalam satu musim pertumbuhan.Keadaan tanah dan iklim yang menyokong pertumbuhan tembakau berbeza-beza mengikut jenis tanaman yang ditanam. Biji benih tembakau akan ditabur pada akhir musim dingin iaitu dalam bulan Disember dan biasanya daun tembakau akan masak dalam bulan Mac ataupun pada musim bunga.

Tumbuhan ini tumbuh setinggi 15 sentimeter hingga 20 sentimeter dalam 8 ming­gu hingga 12 minggu sebelum ia dipindahkan ke ladang. Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian kira-kira 1.0 hingga 1.9 meter. Ia meng­hasilkan kira-kira 20 helai daun, yang panjangnya dari kira-kira 60 hingga 80 sentimeter dan lebarnya 30 hingga 40 sentimeter. Tumbuhan tembakau berbeza-beza warnanya daripada hijau muda hingga kepada hijau tua. Tumbuhan yang sihat, matang boleh menghasilkan sejuta biji benih tembakau setiap tahun, cukup untuk peladang menanam lebih kurang 40 hektar tembakau.

Tembakau umumnya dikelaskan kepada empat kumpulan yang utama iaitu tembakau awetan udara, tembakau awetan api, tembakau awetan serombong dan tembakau daun cerut. Tiga jenis yang pertama dike­laskan mengikut kaedah yang digu­nakan untuk pengawetan merawat (pengeringan) daunnya. Tembakau daun cerut diawet dengan udara, tetapi ia dikelaskan mengikut peng­gunaanya.

Tembakau  awetan udara terdiri daripada dua jenis, awetan udara cerah dan awetan udara gelap. Tembakau awetan udara gelap digunakan terutamanya untuk tem­bakau sentil dan tembakau sedut. Tembakau awetan api mempunyai bau dan rasa asap yang tersendiri. Ia digunakan untuk membuat tem­bakau hisap, tembakau sentil, tem­bakau sedut dan cerut rasa keras.


Tembakau awetan serombong juga dinamakan tembakau cerah kerana proses rawatan pengawetan men­jadikan tembakau ini berwarna kuning hingga jingga kemerahan. Kebanyakan tembakau awetan serombong corong digunakan untuk membuat rokok. Contohnya seperti di Kelantan,tembakau giat diusahakan di Tok Bali dan Bachok.Setelah anak  benih tembakau dialihkan ke ladang,anak benih  mengambil masa sekitar  2 hingga 3 minggu untuk matang.

Gambar diladang tembakau di Tok Bali ,Pasir Puteh,Kelantan.

Setelah cukup matang, daun tembakau akan dikutip dan biasanya dengan jumlah yang banyak,peladang akan mengangkutnya menggunakan lori dan dibawa ke tempat seterusnya untuk aktiviti pengumpulan,pengilasan(penyusunan), penggredan dan menyenaraikan bil. Namun begitu,untuk aktiviti  tersebut,peladang memerlukan pekerja lain untuk melakukannya kerana dengan jumlah yang banyak dan memerlukan masa yang singkat,peladang tidak sempat menyelesaikannya sendirian ataupun secara berkeluarga. Biasanya,jumlah pekerja adalah antara 10 hingga 20 orang bergantung pada jumlah daun tembakau yang dikutip.

Daun tembakau yang telah dikutip dan dibawa ke tempat pengumpulan sebelum  proses pengilasan.


Salah seorang pekerja yang sedang mengilas (menyusun) daun tembakau pada galah dan diikat dengan  menggunakan tali ropia.
Setelah proses pengilasan daun-daun tembakau pada galah ,galah yang dipenuhi dan diikat dengan tali ropia akan digantung mengikut susunannya yang tersendiri seperti gambar berikut.



Daun tembakau yang siap dikilas (disusun dan diikat pada sebatang galah menggunakan tali ropia)  akan dibawa pula ke sebuah bilik khusus untuk proses awetan menggunakan serombong corong. Selain itu,kayu api yang banyak diperlukan untuk proses tersebut yang mengambil masa 5 hingga 7 hari.
Tempat awetan daun tembakau yang menggunakan kaedah serombong corong.
Daun tembakau yang siap diawet  selama beberapa hari akan diteruskan dengan proses yang seterusnya iaitu proses penggredan daun tembakau.
Daun tembakau yang siap digredkan dikumpul mengikut gred masing-masing.

Setelah daun tembakau digredkan mengikut gred 1 hingga 8, kesemua daun tembakau tadi akan dibuat bil dan dijual kepada syarikat memproses rokok seperti Company GTI,ANEKA RIA,BAT dan lain-lain dengan  harga yang berbeza mengikut gred.Contohnya, bagi gred 1(premium),daun tembakau djual dengan harga antara RM14 hingga RM15 sekilogam mengikut harga pasaran bagi setiap gred.

Peladang ataupun petani turut mendapat pembiayaan daripada pihak kerajaan sama ada dalam bentuk wang,baja dan peralatan pertanian.Contohnya, Bank Pertanian turut menyediakan dana kepada peladang dan petani untuk mengeluarkan modal dalam aktiviti pertanian.

Gaji yang diberikan kepada pekerja adalah berbeza-beza mengikut tahap pemprosesan tembakau yang dilakukan. Contohnya, bagi pekerja yang melakukan kerja penggredan, mereka akan diberikan upah antara RM20 hingga RM25 sehari.Terdapat juga pekerja lelaki dan pekerja perempuan yang melakukan aktiviti tembakau ini.
Terdapat tiga jenis tembakau daun cerut iaitu tembakau pengisi cerut, tembakau pengikat cerut dan tembakau pembalut cerut. Tembakau pengisi cerut digu­nakan dalam badan cerut kerana rasanya manis dan terbakar den­gan sekata. Tembakau pengikat cerut dahulunya digunakan untuk mengikat tembakau pengisi, tetapi kebanyakan pembuat cerut kini menggunakan kepingan tembakau buatan sebagai gantinya. Kepingan ini dibuat daripada daun tembakau yang kasar atau yang rosak. Kini pengikat cerut digunakan teruta­manya untuk membuat tembakau sentil. Tembakau pembalut cerut digunakan sebagai pembalut luar cerut. Ia mesti dibuat daripada daun bermu­tu tinggi yang licin, nipis dan sekata warnanya.


Tembakau paling banyak digu­nakan dalam rokok. Pembuat rokok mungkin menambah perisa seperti madu, likuoris, mentol dan gula ke dalam campuran tembakau. Bahan kimia yang dinamakan gliserin sering ditambah untuk mengekal­kan lembapan. Tembakau mengandungi sedikit nikotin, iaitu bahan yang bertin­dak sebagai perangsang kepada jantung dan organ-organ lain. Nikotin juga merangsang sistem saraf, menyebabkan kita ketagi­hannya. Doktor percaya bahawa kesan rangsangan nikotin ini membantu menjadikan merokok mengenakkan. Walau bagaimana­pun, amaun nikotin yang padat adalah beracun.

Penyakit yang ser­ing menyerang tembakau termasuk shank hitam dan reput hitam akar. Ulat kudup, kumbang pinjal, bela­lang dan serangga lain juga mero­sakkan tembakau. Penggiliran tanaman adalah cara paling berke­san bagi mengawal penyakit.

Kerajaan telah menubuhkan Hari Dunia Tanpa Tembakau. Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan hari tersebut pada tahun 1987. Pada mulanya 7 April ditetapkan bagi sambutan setiap tahun, namun pada tahun 1988 melalui ketetapan WHO. Perhimpunan Kesihatan Sedunia, ia disambut pada setiap 31 Mei setiap tahun. Pengisytiharan hari tersebut adalah berikutan pengunaan tembakau secara meluas serta peningkatan kadar kematian sebanyak 3.5 juta orang setahun akibat masalah kesi­hatan dan penyakit-penyakit dari­padanya pengambilannya secara berterusan.

Tobacco

Tobacco is an important crop in which more than 60 countries such as Malaysia, the United States, Brazil and others. In the early 1990s, the worldwide annual production of tobacco over seven thousand tones. Tobacco use was originally started by the Native Americans with his pipe long before Christopher Columbus sailed to the New World in 1492.Columbus brought tobacco seeds back to Europe and planted by farmers to make drug and recharge.

Tobacco brought into Malaysia by traders and European colonizers since the 19th century. However, early planting successfully planted in Sabah in 1883. The main area of cultivation is in Sagama River Valley, Lahad Datu, Sabah. At the time, it attracted more than fifty players from Europe and reached the value of exports to the RM2 million in 1902.



While the tobacco industry of Virginia was started in Peninsular Malaysia considers appropriate after trial planting in 1931 at the Government Research Farm, Serdang, Selangor. But this industrial development was slow due to World War II. After the Second World War, particularly in 1959, efforts to increase the tobacco crop has been implemented in earnest. In the mid-1970s was to grow the tobacco farming in Kelantan (60%), Queensland (11%), Bangkok (5%), Perlis (4%), Pahang (2%) and others in Malacca, and Johor.



            
The main types of tobacco that is Nicotina Tabacum. Other tobacco products, including tobacco smoke to sentil, songel tobacco or chewing tobacco and tobacco inhale. Tobacco leaves are divided into several grades of 1 (premium) to 8 (segrap). Grade tobacco leaves that are less well will be used to make pesticides and disinfectants. Stalk and the stem will be used as ingredients of certain types of fertilizer.
Grown tobacco is an annual plant that lives only in one growing season. Soil and climatic conditions support the growth of tobacco vary by type of crops planted. Tobacco seeds are sown at the end of winter in December and will be ripe tobacco leaves usually in March or in the spring.

These plants grow as tall as 15 centimeters to 20 centimeters in 8 weeks to 12 weeks before it is transferred to the field. This plant can reach a height of about 1.0 to 1.9 meters. It produces about 20 leaves, with a length of about 60 to 80 centimeters and a width of 30 to 40 centimeters. Tobacco plants vary in color from light green to dark green. Plants that are healthy, mature seeds can produce one million tobacco each year, enough for farmers to plant about 40 hectares of tobacco.

Tobacco is generally classified into four major groups of air cured tobacco, fire cured tobacco, and flue cured tobacco and cigar leaf tobacco. The first three types are classified according to the method used for treating curing (drying) leaves. Cured cigar tobacco leaves with the air, but it is classified according to use.
Air cured tobacco are of two types, light air cured and dark air cured. Dark air cured tobacco used primarily for tobacco and tobacco sentil breathe. Fire cured tobacco smell and taste of its own smoke. It is used to make tobacco smoke, tobacco sentil, tobacco and cigars taste suck hard.
Flue cured tobacco is also known as bright as the tobacco-curing treatment process makes this tobacco yellow to orange-red. Most of the flue cured tobacco used to make cigarettes funnel. For example in Kelantan, tobacco actively pursued at the Tok Bali and Bachok, when tobacco seedlings moved into the field, seedlings take about 2 to 3 weeks to mature.




                                 Photo tobacco farm in Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

After maturing, the tobacco leaves will be collected and usually in large quantities, farmers will transport trucks and taken to the next location for the activities of collection, classification (compilation), grading and lists of bills. However, for activities said, farmers need another employee to do so because a large number and require a short time, farmers are not able to solve it alone or as a family. Usually, the number of employee’s ranges from 10 to 20 people depending on the amount of tobacco leaves collected.
Tobacco leaves were collected and taken to a collection before the Pengilasan process.




       One of the employees in the trap (arrange) tobacco leaves at the pole with a rope ropia.




After the tobacco leaves pengilasan in pole-vault filled and tied with a rope ropia be suspended in accordance with its own arrangement like this picture.


Tobacco leaves ready in torque (arranged) in the pole will be also a special room for the flue cured using a funnel. In addition, a lot of firewood needed for the process which takes 5 to 7 days.

Tobacco leaves ready in torque (arranged) in the pole will be also a special room for the flue cured using a funnel. In addition, a lot of firewood needed for the process which takes 5 to 7 days.




   Completion of tobacco leaves are graded collected in accordance with their respective grades.

After the tobacco leaves are graded according to grades 1 to 8, all of the tobacco leaf in question would be bills and cigarettes sold to processing companies such as Company GTI, MULTIPLE RIA, BAT and others with different prices according to grade. For example, for grade 1 (premium), leaf tobacco sold for between RM14 and RM15 per kg at market price for each grade.
Farmers or farmer also received financing from the government either in the form of money, fertilizer and agricultural equipment. For example, the Bank Pertanian also provides funding to farmers and farmers to the capital in agricultural activities.
Salary given to employees varies according to the level of tobacco processing being performed. For example, for employees who perform the grading, they will be given a reward of between RM20 to RM25 a day. There are also male workers and female workers doing this tobacco.



There are three types of cigar tobacco leaf filler tobacco cigars, tobacco, cigar binder and wrapper tobacco cigars. Cigar filler tobacco used in cigars body because it is sweet and burns evenly. Cigar binder tobacco previously used to bind the filler tobacco, cigars, but most manufacturers now use tobacco sheet made ​​instead. This piece is made from tobacco leaves that are coarse or damaged. Now the cigar binder tobacco is used primarily to make sentil. Cigar wrapper tobacco is used as an outer wrapping cigars. It must be made from high quality leaves a smooth, thin and evenly color.
The most commonly used tobacco in cigarettes. Cigarette manufacturers may add flavors such as honey, licorice, menthol and sugar into the mixture of tobacco. Chemicals commonly called glycerin is added to maintain moisture. Tobacco contains some nicotine, a substance that acts as a stimulant to the heart and other organs. Nicotine also stimulates the nervous system, causing us to addiction. Doctors believe that the stimulus effects of smoking nicotine helps make delightful. However, the amount of nicotine is a poisonous solid.

Disease that often attacks the tobacco black shank including black root rot. Bud worm, beetle, fleas, grasshoppers and other insects also damage the tobacco. Crop rotation is the most effective way to control the disease.
The Government has established the” World No Tobacco Day” World Health Organization (WHO) has declared the day in 1987. In the beginning 7 April designated for the celebration every year, but in 1988 the WHO resolution. World Health Assembly, it is celebrated on every May 31 of each year. Declaration of the day was due to widespread use of tobacco and increases the death rate of 3.5 million people a year due to health problems and diseases of continuous intake.